Sesi Bertemu Dan Tandatangan Eksklusif Bersama Ziana Zain 21 April Ini

Sesi Bertemu Dan Tandatangan Eksklusif Bersama Ziana Zain 21 April Ini

0
SHARE
Ziana
Poster sesi bertemu dan tandatangan eksklusif Ziana Zain ( Sumber Foto: Ihsan penganjur )

KUALA LUMPUR – Penganjur konsert penyanyi legenda Ziana Zain iaitu Anuar Zain Network & Ziana Zain Network dengan kerjasama Altus Prohouse bakal menganjurkan sesi bertemu dan tandatangan eksklusif.

Sesi terbabit diadakan sempena perayaan awal Ziana Zain Concert 2024 yang dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Mei ini.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pihak penganjur, sesi autograf itu diadakan pada 21 April 2024 bermula jam tiga petang di Centre Court, Sungei Wang Plaza.

“Pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran peminat yang telah membeli tiket Ziana Zain Concert 2024 untuk beramah mesra sekaligus mendapatkan tandatangan eksklusif daripada idola mereka pada lokasi dan tarikh yang telah ditetapkan.

“Dengan penganjuran acara seperti ini diharapkan akan menambah keghairahan dan keterujaan buat peminat untuk hadir ke Ziana Zain Concert 2024 pada 25 Mei ini,” jelas dalam kenyataan media itu.

Berikut merupakan syarat dan cara untuk menyertai Ziana Zain Concert 2024 Autograph Session yang berlangsung di Centre Court, Sungei Wang Plaza pukul 3 petang, 21 April 2024.

Peminat perlu menebus poster atau kad foto yang disediakan di kaunter untuk
menyertai Ziana Zain Concert 2024 Autograph Session.

Sesi menebus poster atau kad gambar dibuka bermula pukul 12 tengahari dan sesi tandatangan akan dijalankan mengikut sistem siapa cepat mereka dapat.

Seramai 200 peminat terawal akan berpeluang bergambar dan mengambil tandatangan bersama Ziana Zain di atas pentas

Setelah 200 peminat terawal mendapatkan slot, para peserta yang lewat masih boleh menebus poster yang sudah ditandatangan lebih awal di kaunter (bergantung dengan stok).