KOTA KINABALU, SABAH – Shafie Apdal termasuk pemimpin Parti Warisan Sabah dikecam kerana secara jelas telah cuba membohongi dan mengelirukan seluruh rakyat Sabah selepas mendakwa hasil cukai PETRONAS yang berjumlah RM1.25 billion yang dibayar untuk Sabah pada tahun 2021 adalah hasil inisiatif dan usaha Datuk Seri Shafie Apdal.
Menurut Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) berkata; “Kami ingatkan Shafie Apdal termasuk Darell Leiking serta pemimpin-pemimpin Parti Warisan Sabah telah bertaubat dan insaf selepas kalah pada Plihan Raya Negeri (PRN) ke-16 yang lalu, malangnya mereka dilihat masih terus bersandiwara dan berterusan pula berbohong semata-mata mahu mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat Sabah yang telah menolak Parti Warisan Sabah.”
“Shafie Apdal dan pemimpin-pemimpin Parti Warisan adalah jelas ‘PEMBOHONG BESAR’, sebagai buktinya ialah kenapa mereka tidak berani menyaman PETRONAS sebelum ini sebagai mengikuti jejak langkah Kerajaan Negeri Sarawak yang telah memfailkan saman ke atas PETRONAS sebagai menuntut hasil cukai yang perlu dibayar oleh PETRONAS kepada negeri Sabah.?”


Untuk rekod, Kerajaan Negeri Sarawak telah memfailkan writ saman dan kenyataan tuntutan terhadap PETRONAS di Pendaftar Mahkamah Tinggi Sarawak pada 21 November 2019 kerana tidak membayar cukai jualan Sarawak bagi produk-produk petroleum.
Hakim Mahkamah Tinggi di Kuching pula pada 13 Mac 2020 telah memutuskan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Kerajaan Sarawak berhak menuntut cukai dan menggubal Ordinan Cukai Jualan Negeri berdasarkan Perlembagaan Malaysia serta Perjanjian Malaysia 1963 dan Inter-Governmental Committee (IGC) Report.
Mahkamah Tinggi Kuching sebelum ini juga telah menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) berhubung hak Kerajaan Sarawak dalam mengenakan Cukai Jualan Negeri (SST) sebanyak 5 peratus (5%) terhadap hasil minyak dan gas yang dieksport dari negeri itu.
Bebas berkata lagi “cukup aneh selepas dua bulan PETRONAS bersetuju untuk melunaskan cukai Petroleum kepada Kerajaan Negeri Sarawak, barulah Shafie Apdal turut mengumumkan Kerajaan Sabah juga akan menuntut hak yang sama daripada PETRONAS berhubung bayaran cukai jualan produk petroleum sebanyak lima peratus (5%) sebagaimana yang diterima oleh Sarawak.


“Apa yang telah lakukan oleh Shafie sepanjang 26 bulan mengetuai pentadbiran Sabah adalah hanya menghasilkan minyak masak jenama ‘BESS’, selebihnya ekonomi Negeri Sabah telah dirosakkan dengan teruk sehingga tidak ada satu pun pelabur daripada luar berjaya di bawa masuk ke Sabah. Malahan fokus memberikan dokumen yang sah kepada PATI, puluhan rumah setinggan terbakar dan bercadang pula memberikan pulau kepada PATI dari selatan Filipina jelas mendominasi kepimpinan Shafie sebelum ini.”


Rekod pentadbiran ekonomi Sabah di bawah pentadbiran Datuk Seri Shafie Apdal berjaya menjunamkan kadar pertumbuhan KDNK Sabah dari 8.2% (paling tertinggi diantara semua negeri) pada tahun 2017 ke 1.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2018 dan turun lagi ke 0.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2019…





“Shafie Apdal termasuk pemimpin-pemimpin Parti Warisan sepatutnya merasa malu kepada Kerajaan Negeri Sarawak kerana atas usaha mereka Sabah juga turut mendapat manfaat hasil agihan cukai Petronas sebaliknya mereka (Shafie dan pemimpin Parti Warisan) tanpa rasa bersalah mengaku kononnya bayaran cukai oleh Petronas untuk Sabah adalah hasil usaha Shafie Apdal.


“Shafie Apdal dan pemimpin-pemimpin Parti Warisan juga sepatutnya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana hasil perbincangan kedua belah pihak Petronas akhirnya bersetuju membayar cukai Petroleum kepada Negeri Sabah,” Bebas berkata lagi dalam satu kenyataan.









