KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatat jumlah kes baharu yang terendah sejak bulan Mei tahun ini.
Jumlah itu ialah 122 KES iaitu penurunan 67 kes berbanding angka kelmarin.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daerah Ranau melonjak ke kedudukan teratas kes tertinggi dengan 21 kes iaitu jumlah yang sama seperti angka semalam.
“Ranau diikuti oleh Kota Belud (19), Kota Kinabalu (19) dan Tuaran (16)…
“Daerah-daerah yang lain semua mencatat kes baharu satu angka sahaja dengan lapan (8) daerah tanpa kes baharu,” katanya.
Beliau berkata terdapat banyak daerah yang mencatat jumlah kes baharu yang rendah dengan empat (4) daripadanya menunjukkan penurunan yang agak signifikan.
Ini termasuk Kota Kinabalu -14 kes, Tuaran -14 kes, Papar -12 kes dan Penampang -10 kes.
“Lapan (8) daerah lain mencatatkan peningkatan kes harian dan enam (6) daerah pula mengekalkan catatan sebagaimana semalam,” katanya dalam rumusan harian kes.
Dalam pada itu, seramai 118 daripada 122 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.
Tiada kes dalam Kategori 3 dan masing-masing seorang dalam Kategori 4 dan 5 manakala dua (2) lagi kes masih dalam penilaian lanjut.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (20 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Ranau – 21 (21)
Kota Belud – 19 (18)
Kota Kinabalu – 19 (33)
Tuaran – 16 (30)
Tambunan – 7 (3)
Keningau – 6 (7)
Penampang – 5 (15)
Putatan – 5 (10)
Tenom – 4 (7)
Tawau – 4 (2)
Papar – 3 (15)
Pitas – 3 (0)
Kuala Penyu – 2 (5)
Kinabatangan – 2 (0)
Kota Marudu – 2 (6)
Telupid – 1 (0)
Sandakan – 1 (10)
Beaufort – 1 (0)
Kalabakan – 1 (0)
Semporna – 0 (2)
Beluran – 0 (2)
Lahad Datu – 0 (3)
Kunak – 0 (0)
Nabawan – 0 (0)
Sipitang – 0 (0)
Tongod – 0 (0)
Kudat – 0 (0)