LABUAN – Cubaan menyeludup minuman keras tidak bercukai oleh tiga orang lelaki ke tanah besar Sabah berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan.
Pegawai Pemerintah PPM Labuan, ASP Saidul Maruf Rosli berkata, pihaknya berjaya menahan tiga suspek tempatan itu yang merupakan pemandu setiap lori yang diperiksa di Pekan Menumbok malam semalam.
“Lori tersebut dipercayai bergerak dari Labuan menuju ke Menumbok dengan menaiki feri kenderaan…
“Nilai rampasan minuman keras termasuk tiga (3) buah lori dianggarkan melebihi RM663,000 termasuk cukai,” katanya.
Tangkapan dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort untuk tindakan lanjut sementara Kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.