KOTA KINABALU, SABAH – Tinjauan rambang telah dilakukan ke atas beberapa individu ahli UMNO Sabah mengenai siapa Ketua Menteri pilihan mereka, Shafie Apdal atau Hajiji Haji Noor? dan keputusannya telah memihak kepada Hajiji.
Menurut Badan Penyelidik Borneo Merdeka dalam satu kenyataan hari ini berkata, hasil tinjauan rambang di lapangan jelas menunjukkan Hajiji jauh lebih popular berbanding Shafie Apdal.
Menurut Ahmad Abdullah salah seorang penyelidik di Borneo Merdeka, tinjauan ini amat penting bagi mengukur sejauh mana populariti Hajiji di kalangan ahli-ahli UMNO Sabah.
Ironinya keputusan tinjuan berada pada kadar 98 peratus (98%) memihak kepada Hajiji.
“Tinjauan secara menyeluruh masih diteruskan dan keputusan bilangan respondan Ke atas ahli-ahli UMNO akan didedahkan kepada umum”.
Responden di kalangan ahli-ahli UMNO turut bertanyakan soalan apakah pandangan mereka terhadap polemik politik di Sabah ketika ini dan pelbagai reaksi telah diberikan.
Walaupun ahli-ahli UMNO meminta agar nama mereka tidak disiarkan, namun pandangan yang diberikan di antaranya: “kenapa Hajiji perlu digulingkan? sedangkan ketika ini rekod Hajiji mengurus ekonomi negeri Sabah amat baik, malahan GRS juga adalah sebahagian daripada gabungan parti yang telah membentuk ‘Kerajaan Perpaduan’ pimpinan Dato’ Sri Anwar Ibrahim…”
“Rekod Shafie mentadbir negeri Sabah selama 26 bulan amat buruk, malahan kadar KDNK telah jatuh menjunam ke paras 0.5 peratus berbanding 8.2 peratus semasa Shafie mengambil alih Kerajaan Negeri Sabah.
“Pandangan lain juga masih berkisar tentang ‘Sempornasisasi’ dan isu ‘Kronisme’ bila mana jawatan penting dalam kerajaan ramai dilantik daripada Semporna termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah.”
Video yang ditularkan semula semasa kempen PRU-15 berkenaan isu ‘Sempornasisai’ yang diwujudkan oleh Sahfie Apdal…