SOP Rumah Ibadat Dikeluarkan Kerajaan Sempena Perayaan Hari Krismas Di Sabah

SOP Rumah Ibadat Dikeluarkan Kerajaan Sempena Perayaan Hari Krismas Di Sabah

0
SHARE
Datuk Seri Masidi Manjun...

KOTA KINABALU, SABAH – Satu prosedur operasi standard (SOP) rumah ibadat dikeluarkan oleh kerajaan negeri bagi masyarakat  yang akan meraikan sambutan Hari Krismas pada 25 Dis ini di Sabah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata dalam SOP itu beberapa perkara perlu dipatuhi iaitu semasa tiba di rumah ibadat, ketika berada di rumah ibadat dan semasa keluar dari bangunan rumah ibadat berkenaan.

Masidi yang juga jurucakap COVID-19 negeri berkata tempoh sembahyang hendaklah tidak melebihi satu jam 30 minit dan diselangi dengan kerja-kerja sanitasi dalam tempoh 45 minit sebelum waktu sembahyang berikutnya.

“Pematuhan SOP adalah diwajibkan dengan memakai pelitup muka sepanjang masa. Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa,” menurutnya dalam kenyataan, di sini, malam tadi.

Dalam pada masa yang sama, beliau berkata tempoh tetamu berada di dalam rumah juga tidak melebihi dua jam dan ketua keluarga termasuk tetamu bertanggungjawab mematuhi SOP semasa menyambut perayaan berkenaan.

Aktiviti berkumpulan, bersalaman, berpelukan, bersembang di dalam dan luar rumah tidak dibenarkan termasuk aktiviti berjadual seperti kelas keagamaan dan kebudayaan, katanya.