SPR Terima Surat Pemakluman Pembubaran DUN Dari Tiga Negeri

SPR Terima Surat Pemakluman Pembubaran DUN Dari Tiga Negeri

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima surat pemakluman berkenaan pembubaran tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 melibatkan negeri Pahang, Perlis dan Perak.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata surat pemakluman berkenaan diterima daripada Speaker DUN dari ketiga-tiga negeri berkenaan

Mengulas lanjut, pihaknya menerima surat pemakluman daripada kerajaan negeri Pahang dan Perlis pada 14 Oktober 2022 manakala surat dari kerajaan negeri Perak bertarikh 17 Oktober 2022.

“Justeru, penetapan tarikh penting pilihan raya bagi ketiga-tiga negeri ini akan dibincangkan serentak dalam Mesyuarat Khas SPR yang akan diadakan pada 20 Oktober ini,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan.