SPRM Tahan 7 Individu Di Pahang Dan Terengganu

SPRM Tahan 7 Individu Di Pahang Dan Terengganu

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

PAHANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahan tujuh individu di Pahang dan Terengganu, hari ini, Isnin, kerana disyaki terbabit dengan kes pencemaran alam sekitar termasuk pembalakan haram.

Memetik kenyataan Harian Metro, di Pahang, empat individu yang ditahan adalah Pegawai Hutan Daerah Jerantut dan isterinya serta pemilik dan pengurus sebuah syarikat kontraktor.

Menurut sumber, pegawai hutan daerah Jerantut terbabit serta kakitangannya menerima wang rasuah daripada syarikat pembalakan sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan atas aktiviti pembalakan haram yang dijalankan oleh syarikat berkenaan pada tahun 2015 hingga tahun 2017.

“Manakala di Terengganu, dua daripada ditahan adalah pemilik syarikat pembalakan dan seorang lagi pemandu lori yang membawa muatan balak.

“Mereka disyaki membayar duit rasuah bagi mengelakkan tindakan oleh penguatkuasa Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu kerana beroperasi tanpa lesen dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata pihaknya sedang mengesan beberapa lagi suspek yang terlibat dalam kes ini.