SPRM Tahan Pegawai Penguatkuasa, Disyaki Terima Rasuah Bulanan

SPRM Tahan Pegawai Penguatkuasa, Disyaki Terima Rasuah Bulanan

0
SHARE
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pegawai penguatkuasa disyaki menerima wang rasuah secara bulanan sebanyak RM500 pada tahun 2020 hingga 2021.

SPRM Sabah dalam kenyataan berkata, jumlah keseluruhan wang rasuah yang diterima sepanjang tempoh tersebut adalah sebanyak RM4,000 daripada pihak syarikat pengurup wang berlesen sebagai balasan melindungi perniagaan syarikat.

“Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40an itu dipercayai menerima wang rasuah daripada seorang individu secara pindahan wang sebanyak RM500 bagi setiap transaksi dari tahun 2020 sehingga 2021.

“Suspek telah ditahan kira-kira jam 9 pagi tadi ketika hadir untuk memberi keterangan di SPRM Sabah,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Karunanithya/l Y. Subbiah mengesahkan tangakapan tersebut dan berkata, kes disiasat di dibawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Khas Rasuah Kota Kinabalu untuk pertuduhan kes pada esok pagi.