SANDAKAN, SABAH – Seorang lelaki hilang disambar buaya ketika cuba menyeberangi sebatang sungai di Taman Kenari, Batu 7, sini semalam (Jumaat).
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan pada hampir pukul 9 malam.
“Menurut saksi, mangsa berusia 50 tahun baru balik dari Masjid Taman Kenari…
“Beliau cuba untuk menyeberangi sungai untuk balik ke rumah menggunakan rakit buatan sendiri berukuran 2×2 meter ketika disambar seekor buaya,” katanya.
Operasi mencari dan menyelamat hari ke-2 dimulakan pada jam 6.39 pagi tadi dengan kaedah ‘water surface’.
Seramai 10 orang pegawai dan anggota sedang melangsungkan pencarian menggunakan bot penyelamat disepanjang sungai.