Lima Ditahan Pecah Masuk Pusat Beli Belah Putatan

Lima Ditahan Pecah Masuk Pusat Beli Belah Putatan

0
SHARE
PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

PENAMPANG, SABAH – Polis daerah ini telah menyelesaikan kes pecah masuk sebuah pusat beli-belah di Putatan pada Ahad dalam tempoh 48 jam dengan penahanan lima individu.

Ketua Polis Penampang, Supt Sammy Newton berkata, premis yang dipecah masuk itu mengalami anggaran kerugian sehingga RM92,000.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Penampang bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah menyerbu empat lokasi berasingan di kawasan Kota Kinabalu dan Putatan pada Isnin.

“Lima lelaki tempatan berusia 20 hingga 45 tahun ditahan bersama rampasan barangan berhubung kes.

“Empat daripada mereka memiliki rekod jenayah termasuk dadah,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Kesemua suspek direman tujuh hari sehingga Isnin untuk disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai digesa supaya tidak menerima atau membeli barangan curi terutamanya daripada sumber yang mencurigakan yang biasanya dijual pada harga murah yang tidak munasabah,” tambah Sammy.