SANDAKAN, SABAH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus ladang di Sandakan hari ini kerana disyaki telah menyalahgunakan wang tabung pekerja ladang berjumlah kira RM20,000 pada 2018.
Suspek berusia 39 tahun itu ditahan kira- kira jam 9 pagi di pejabat SPRM Sandakan.
Menurut sumber, wang tersebut telah dikeluar oleh suspek menerusi enam keping cek sebuah bank.
Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan memaklumkan suspek disiasat di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan.
Jelas beliau, suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM5000 dengan seorang penjamin.