Staf Hospital Tawau Beri Penghormatan Terakhir Sebelum Prosedur Derma Kornea Darna Tajudin

Staf Hospital Tawau Beri Penghormatan Terakhir Sebelum Prosedur Derma Kornea Darna Tajudin

0
SHARE

TAWAU: Staf Hospital Tawau berkumpul memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Darna Tajudin, 41, sebelum prosedur pendermaan kornea dilakukan semalam.

Beliau mengalami kecederaan parah selepas dilanggar pemandu pacuan empat roda yang dipercayai mabuk ketika berjoging di Batu 9, Jalan Apas pada 10 Ogos.

Setelah seminggu dirawat di Unit Kecemasan, beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Ogos jam 8.37 pagi.

Dia pernah menyatakan hasrat untuk menjadi penderma organ walaupun belum mendaftar secara rasmi.

Namun, ahli keluarga Darna membenarkan pendermaan kornea untuk membantu pesakit lain.

Sebelum kornea beliau disumbangkan, suasana hening melanda wad Hospital Tawau ketika staf berdiri memberi penghormatan terakhir kepada dedikasi dan kebaikan Darna sewaktu hayatnya.

Darna meninggalkan lima cahaya mata berusia antara 9 hingga 18 tahun.

Selain itu, Kelab Pelari Tawau (Tawau Runners) mengadakan Jualan Amal dan berjaya mengumpul RM9,335 untuk meringankan beban keluarga.