KOTA KINABALU: Seorang lelaki dilaporkan pengsan selepas terhidu bahan berbahaya di sebuah syarikat perkapalan di Jalan Malawa 2, KKIP Sepanggar, pada Rabu pagi.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu menerima panggilan kecemasan pada jam 8.49 pagi dan menghantar 12 anggota ke lokasi kejadian, kira-kira 26 kilometer dari balai.
Pasukan tiba pada 9.18 pagi.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth dengan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.
Identiti mangsa belum diperoleh.
Pasukan Hazmat menjalankan pemeriksaan menggunakan alat pengesan kimia dan menemui gas hidrogen sulfida di dalam tong ikan.
Proses nyahcemar serta pengudaraan dilakukan sebelum operasi ditamatkan pada 10.39 pagi.






