STAR, SAPP Bukan Musuh GRS Walau Bertanding Solo

STAR, SAPP Bukan Musuh GRS Walau Bertanding Solo

0
SHARE
Aksyah
Timbalan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Aksyah Nasrah ( Sumber Foto: Ihsan BERSATU Sabah )

KOTA KINABALU: Keputusan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) menggunakan logo masing-masing pada PRN akan datang tidak harus dianggap sebagai tanda permusuhan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Mantan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah, Aksyah Nasrah, berkata langkah itu wajar dihormati kerana dibuat selepas pertimbangan teliti.

“Sebagai pemimpin berpengalaman, Presiden STAR dan SAPP akur dengan suara ramai dan menghormati keputusan mesyuarat secara ‘gentleman’ meskipun pahit,” katanya.

Menurutnya, cadangan agar Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo GRS ditolak majoriti presiden komponen kerana berkait dengan dasar PH.

Namun, beliau menegaskan keputusan STAR dan SAPP untuk berhaluan sendiri tidak boleh dianggap sebagai perpecahan bermusuhan.

“Demikianlah sikap profesional kepimpinan dalam GRS. Prinsip ‘gentleman’ dan dinamik dalam menerima sebarang keputusan walaupun sukar tetap menjadi pegangan,” katanya.

Aksyah mengingatkan ahli GRS agar kekal fokus menghadapi PRN.

“Isu ini sudah selesai. Kita doakan STAR dan SAPP turut memperoleh kemenangan dan membuka ruang kerjasama politik bersama GRS demi rakyat Sabah,” ujarnya.