Status Kilang Di Tongod Akan Ditransformasi Sebagai Pusat Tarikan Pelancong

Status Kilang Di Tongod Akan Ditransformasi Sebagai Pusat Tarikan Pelancong

0
SHARE

TONGOD: Status zon perindustrian kilang klinker dan simen di Kampung Kawayoi di sini akan ditranfomasikan sebagai pusat tarikan pelancong.

Pengerusi Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd (BCS), Datuk Masiung Banah berkata, sebaik sahaja kilang itu mula beroperasi menjelang Mei tahun depan, BCS akan muncul sebagai kilang perindustrian pertama di negara ini menawarkan zon kilangnya sebagai pusat pelancongan terbuka. 

Pemprosesan batu kapor dan ala cara moden penjagaan alam sekitar di zon perindustrian kilang boleh dijadikan produk tarikan pelancong asing dan domistik.

Katanya, pengunjung boleh melihat sendiri operasi kilang daripada peringkat awal hingga proses akhir pembungkusan, katanya dalam lawatan kerja dua hari ke atas kerja-kerja fasa pertama membangunkan kilang itu, kelmarin.

Paling penting pelancong akan memperolehi pengalaman berguna, bagaimana tatakelola kita menjaga alam sekitar dan mewujudkan sistem keselamatan pencemaran udara.

“Kawasan batu kapor yang ditumbuhi flora dan fauna serta ekosistem tropika akan dikekalkan tanpa dicemari sisa pepajal kilang,” katanya.

Tambah beliau, kawasan zon perindustrian kilang itu juga akan dibuka sebagi pusat kajian kepada universiti tempatan di negara ini.

“Saya telah berbincang dengan pengurusan BCS supaya sungai-sungai, air terjun dan tumbuhan eksotik yang terdapat dalam zon perindustrian kilang hendaklah dipelihara dan tidak diterokai,” jelasnya.

Menurut Masiung, pelawat juga boleh mejalankan aktiviti mendaki bukit pada ketinggian 900 meter dari aras laut sambil melihat diding-dinding batu kapor serta menikmati pemandangan indah matahari terbit dan waktu senja.

Wakil Rakyat Kuamut itu berkata, cadangan menjadikan zon kilang klinker dan simen untuk aktiviti pelancongan akan dilaksanakan sebaik sahaja kilang itu beroperasi.

Pada masa kini, kerja-kerja fasa pertama membangunkan kilang klinker simen itu sedang berjalan.

Semasa program lawatan dua hari di zon pembangunan kilang klinker dan simen itu, Masiung turut diiringi Pengurus Besar BCS, Micheal Kinsuan, Pegawai Daerah Tongod, Yuseri Ismail Yusof dan Pegawai Pembangunan Masyarakat, Tokyo Hasim Omar.