Mahkamah Rayuan Tangguh Keputusan Peter Anthony Tanpa Sebab

Mahkamah Rayuan Tangguh Keputusan Peter Anthony Tanpa Sebab

0
SHARE
Anthony
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Peter Anthony ( Sumber Foto: Bernama )

PUTRAJAYA, SELANGOR – Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan berhubung rayuan terakhir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Peter Anthony terhadap sabitan pemalsuan dokumen yang pada asalnya ditetapkan pada Rabu, kepada 9 Januari 2025.

Mesej teks daripada unit media Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan mengesahkan penangguhan itu semakan namun tidak menyatakan sebab.

Free Malaysia Today melaporkan Pengarah bahagian Undang-undang dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wan Shaharuddin Wan Ladin, yang merupakan ketua pendakwa kes itu, turut mengesahkan penangguhan itu.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan yang mendengar rayuan itu, dipengerusikan oleh Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim yang turut dianggotai Hakim Zaini Mazlan dan Azmi Ariffin, telah menamatkan prosidingnya pada Ogos dan menjadualkan keputusannya pada Rabu.

Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat, Peter, disabitkan kesalahan memalsukan surat daripada pejabat Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah untuk tujuan menipu ketika beliau merupakan bekas pengarah urusan Asli Jati Sdn Bhd.

Dia melakukan kesalahan itu di pejabat mendiang Azlin Alias yang merupakan setiausaha sulit utama kepada Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014, di bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Peter dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan pada 2022.

Sabitan itu dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi tahun lepas.

Peter berisiko kehilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah jika kalah dalam rayuan melainkan dia diampunkan oleh Yang di-Pertuan Agong oleh kerana kesalahan itu dilakukan di Putrajaya.

Perkara 17(1) Perlembagaan Sabah menyatakan bahawa seseorang ADUN akan hilang kelayakan jika dia disabitkan dengan kesalahan dengan hukuman penjara setahun atau lebih dan denda RM2,000 atau ke atas.