Steel Industries Sabah Sokong Keputusan Kerajaan Negeri Larang Sementara Eksport Besi Buruk

Steel Industries Sabah Sokong Keputusan Kerajaan Negeri Larang Sementara Eksport Besi Buruk

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Steel Industries (Sabah) Sdn Bhd mengalu-alukan pengumuman Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor di mana Kerajaan Negeri memutuskan untuk melarang sementara eksport besi buruk keluar dari Sabah.

Pengarah Eksekutif, Azrul Ahmad, menyatakan bahawa bagi kilang besi, permainannya dalam bentuk “volume” (perkadaran) dan dengan itu untuk memastikan bekalan bahan mentah mencukupi adalah sangat penting.

“Oleh itu, harga bilet secara langsung dipengaruhi bahan mentahnya iaitu besi buruk…

“Ini mengimpak kos pengeluaran yang dicerminkan dalam harga jual besi,” katanya.

Azrul berkata baru-baru ini, harga besi di Sabah yang sudah tidak menentu lagi melambung berikutan kos pasaran kepingan bilet.

“Dengan keputusan Kerajaan Negeri ini, kita dapat menjangkakan bukan hanya bekalan bilet stabil tetapi begitu juga dengan harganya…

“Kami yakin bahawa perkara ini akan mencapai matlamat iaitu untuk memastikan bekalan bahan mentah yang mencukupi bagi industri besi dan pembinaan tempatan,” tambah beliau.