PAPAR, SABAH – Polis daerah ini memantapkan operasi pemantauan musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hebahan Standard Operating Procedures (SOP) menggunakan unit dron.
Unit Dron milik Pasukan Gerakan Udara (PGU) Sabah itu telah digunakan meninjau Kampung Benoni dan Kampung Padawan sini.
Kedua kampung terbabit diperkenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) jelas Ketua Polis Daerah DSP Batholomew Umpit.
“Pasukan Unit Dron PGU Sabah ini telah menerbangkan 2 buah dron milik PDRM di sekitar kawasan PKPD lebih kurang 45 minit di udara…
“Pemantauan dan hebahan udara di daerah Papar ini diadakan bagi memastikan orang ramai lebih patuh kepada SOP yang telah ditetapkan kerajaan,” beliau berkata.