Hajat seorang suami untuk menghadiahkan jambangan bunga ros bagi isterinya sebelum meninggal dunia telah membuatkan ramai netizen bersedih.
Kisah suami isteri itu dipaparkan menerusi satu video yang dikongsi oleh pemilik akaun TikTok @wingsuhaimi.
Perkongsian video tersebut jelas meruntun jiwa para netizen..
apabila suami itu sempat menghadiahkan jambangan bunga ros bewarna kuning sempena hari lahir buat isteri tercinta sebelum meninggal dunia…
Menerusi ruangan komen video tersebut, ramai netizen turut menyatakan simpati dan bersedih terhadap kisah suami isteri tersebut.
“Suami yg baik…dh meninggal pn tetap beri kenangan indah AlFatihah buat suami akak…keep strong ..Allah beri yg terbaik utk akak,” kata pengguna Tiktok @Nurul Hidayah.
“Allahhu…. Alfatihah buat suami akak, dia suami yg baik menghargai isteri hingga akhir hayat dia,” kata @mell mirza illani.
“Salam takziah buat puan sekeluarga moga arwah ditempatkan bersama para nabi2,.bunga kuning merupakan lambing perpisahan arwah. Dia tau akan pergi selamanya,” kata @zainwanhanim.
“Ya..ALLAH,ini bg satu pemberian terakhir yg tdk mgkin dilupakn oleh si isteri. Manusia itu tdk ketahui akn ajalnya tp tanda kasih itu tdk berakhir,” kata seorang lagi pengguna Bernama @Rohayaishak.