SEPANYOL – Kemuncak gelombang haba keempat pada musim panas di Sepanyol menyebabkan penduduk tempatan dan pelancong menahan kepanasan dengan suhu mencecah 44 darjah Celsius pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Di Madrid, suhu menghampiri 40 darjah Celsius sebelum 7 malam (1700 GMT), kebanyakan jalan lengang kerana orang ramai memenuhi pusat beli-belah yang berhawa dingin dan kolam renang awam.
Perkhidmatan cuaca telah memberi amaran tentang peningkatan risiko kebakaran hutan pada minggu ini, ditambah dengan kemarau yang berpanjangan dan angin kencang.
Namun, setakat ini tiada kebakaran besar dilaporkan.