KOTA KINABALU: Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei dilaporkan berada dalam keadaan sihat selepas dimasukkan ke hospital akibat keletihan semasa menghadiri sidang kemuncak serantau semalam.
Sultan berusia 78 tahun itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur dan dijangka menjalani rawatan selama beberapa hari atas nasihat pakar perubatan.
“Baginda … dalam keadaan sihat,” menurut kenyataan pejabat baginda itu.
Terdahulu, pihak media bertanyakan tentang ketiadaan Sultan Brunei dalam Sidang Kemuncak Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China tersebut.
Perkara itu kemudian disahkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mempengerusikan persidangan.
“Baginda agak letih dan sedang berehat,” katanya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.






