Tahanan Imigresen Merusuh Tidak Dapat Pulang Sambut Aidilfitri

Tahanan Imigresen Merusuh Tidak Dapat Pulang Sambut Aidilfitri

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sekumpulan tahanan yang ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Manggatal di sini merusuh pagi kelmarin (Ahad) dipercayai kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Aidiltri.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata siasatan awal mendapati insiden itu hanya berlaku di sebuah blok depoh berkenaan dan tiada kecederaan atau kejadian tahanan melarikan diri.

Datuk Hazani Ghazali…

“Keadaan dapat dikawal selepas pasukan Unit Tempur Ringan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu dikerah ke lokasi kejadian…

“Ini bukan kejadian pertama kerana pada tahun 2015, iaitu dua hari sebelum Hari Raya, kejadian sama berlaku,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, malam tadi.

Beliau berkata polis masih menyiasat kejadian itu termasuk tahanan yang terlibat.

Katanya penghantaran pulang tahanan imigresen ke negara asal ketika ini berdepan kekangan akibat COVID-19