TNI Sahkan Kapal Selam KRI Nanggala-402 Pecah Di Dasar Laut, 53 Kru...

TNI Sahkan Kapal Selam KRI Nanggala-402 Pecah Di Dasar Laut, 53 Kru Terkorban

0
SHARE

BALI, INDONESIA – Tentera Nasional Indonesia (TNI) mengesahkan kapal selam jenis KRI Nanggala 402, ditemui pecah di dasar laut di perairan Bali dengan kesemua 53 kru disahkan meninggal dunia, demikian menurut laporan berita Kompas.com petang tadi.

Ketua Ketua Turus Tentera Laut Indonesia, Yudo Margono, mengesahkan serpihan kapal selam yang hilang Rabu lalu itu ditemui pecah kepada tiga bahagian.

Dalam pada masa yangg sama, Ketua Tentera Indonesia, Hadi Tjahjanto turut mengesahkan kepada wartawan bahawa kesemua 53 kru kapal selam berkenaan sudah meninggal dunia.

Panglima TNI, Marsekal TNI Hadi Tjahjanto…

“Kapal KRI Rigel membuat penilaian terperinci di lokasi yang mempunyai isyarat sebelum ini dengan menggunakan multibeam sonar dan magnetometer bagi menghasilkan visual dalam air yang lebih terperinci…

“Selain itu, kapal MV Swift Rescue Singapura turut menggunakan kenderaan kawalan jauh tanpa pemandu bawah air (ROV) untuk menilai visual bawah air dengan lebih teliti.

“Hasil penilaian, kami mengesahkan terdapat komponen KRI Nanggala-402,” katanya dalam satu sidang akhbar lewat petang tadi.

Tentera Nasional Indonesia (TNI) menunjukkan rakaman video KRI Nanggala menerusi kenderaan dalam air kawalan jauh (ROV)…(Sumber Foto: EPA)

Menurutnya lagi, pihak berkuasa berkata mereka menerima isyarat dari lokasi pada kedalaman lebih 800 meter awal pagi tadi dan menggunakan kapal selam penyelamat milik Singapura bagi mendapatkan pengesahan visual.

Tjahjanto berkata lagi, lebih banyak serpihan kapal selam KRI Nanggala 402 ditemui hari ini termasuk sebuah sauh dan sut keselamatan dipakai oleh kru.

Semalam, Tentera Laut Indonesia memaklumkan penemuan serpihan daripada kapal selam itu, termasuk barangan dari dalam aset itu, lalu mengesahkan ia tenggelam dan mengakhiri harapan menemui individu yang terselamat.