
RANAU, SABAH – Surau milik Sekolah Pondok Tahfiz Bidayahtul Hidayah di Kampung Kundasang Lama, sini, musnah dalam kebakaran, semalam.
Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Ranau menganggarkan kemusnahan struktur kayu berkeluasan 30x50kaki itu terbakar 80 peratus.
“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran 200 kaki, dua pancutan sumber air dari jentera bomba,” kata seorang jurucakap bagi pihak agensi.
Katanya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian kira-kira 4.20 petang kelmarin itu manakala operasi terkawal pada jam 5.30 petang.