Tangan Tersepit Mesin Perata Doh

Tangan Tersepit Mesin Perata Doh

0
SHARE
Mesin
Mesin perata doh yang hampir "meratakan" tangan wanita berusia 19 tahun di sebuah restoran di Menggatal ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang wanita berusia 19 tahun hampir kehilangan tangan kiri apabila tapaknya tersepit dalam mesin perata doh di Restoran Yung Foo di Menggatal Plaza sini semalam.

Walau bagaimanapun, tangan mangsa berjaya dikeluarkan dari mesin tersebut oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba dalam ejadian kira-kira 2.30 petang itu.

“Mangsa menerima rawatan awal dari anggota EMRS da seterusnya dihantar ke Hospital untuk rawatan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 3.10 petang,” kata seorang jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Dalam kes berasingan pada hari yang sama di Perumahan Telipok Ria, sebuah pokok yang tumbang ke arah tiga buah kenderaan yang berparkir di Blok 20 mengakibatkan calar.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata kenderaan terlibat merupakan sebuah van, Proton Saga dan Toyota Hilux.

“Tindakan pasukan bomba mengalihkan pokok tumbang dari kenderaan terlibat dengan menggunakan peralatan khas.

“Pemeriksaan bagi memastikan tiada keberbahayaan lain dijalankan dan operasi seterusnya ditamatkan pada jam 1.35 tengah hari,” katanya.