Tempat Kerja Melibatkan Pekerja Asing Sumbang Kepada 2,052 Kes Baharu Positif COVID-19...

Tempat Kerja Melibatkan Pekerja Asing Sumbang Kepada 2,052 Kes Baharu Positif COVID-19 Sabah Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes COVID-19 baharu Sabah melambung tinggi melepasi angka 2 ribu pada hari ini iaitu sebanyak 2,052 KES yang berpunca daripada DUA (2) tempat kerja yang turut melibatkan perkerja asing.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata jangkitan virus menular di sebuah pelantar minyak antara kalangan 209 pekerja ditambah dengan 109 pekerja tapak binaan Hyatt Centric berhadapan Suria Sabah di pusat bandar sini.

“Pekerja tapak pembinaan tersebut terdiri daripada warga Filipina, China dan Malaysia menjadikan jumlah yang amat tinggi bagi daerah Kota Kinabalu dalam sehari iaitu 635 kes,” katanya dalam satu rumusan harian hari ini.

Berapa daerah lain turut mengalami penambahan kes baharu yang tinggi.

“Daripada 2052 kes baharu, 914 kes atau 44.5 peratus melibatkan kontak rapat dan 440 kes atau 21.4 peratus datang melalui saringan bergejala…

“Sebanyak 91 kes daripada kluster sedia ada dan 71 kes dikesan melalui saringan bersasar sementara 14.4 peratus atau 296 kes adalah daripada kategori lain-lain,” katanya.

SATU (1) kluster baharu turus dikesan di Batu Linting, Kuala Penyu di mana 29 individu telah disahkan positif.

Hanya daerah Kinabatangan mencatatkan SIFAR (0) kes pada hari ini.

Pecahan kes baharu positif COVID-19hari ini (Khamis) mengikut daerah adalah seperti berikut:

Kota Kinabalu – 635
Penampang – 221
Tawau – 178
Tuaran – 126
Keningau – 103
Sandakan – 93
Beaufort – 86
Kota Belud – 84
Telupid – 77
Lahad Datu – 50
Beluran – 47
Sipitang – 46
Papar – 45
Kalabakan – 45
Ranau – 44
Putatan – 37
Kota Marudu – 24
Tongod – 21
Tambunan – 17
Kuala Penyu – 15
Pitas – 15
Tenom – 15
Semporna – 10
Kunak – 10
Nabawan – 5
Kudat – 3
Kinabatangan – 0