KOTA KINABALU, 20 OKTOBER 2025 – Tindakan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang suatu ketika dahulu menolak langkah mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Persekutuan kini kembali dipersoalkan rakyat.
Kenyataan beliau pada tahun 2019 kini terbukti bercanggah dengan semangat perjuangan rakyat Sabah yang mahukan hak negeri ditegakkan melalui saluran perundangan – hak yang termaktub di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, iaitu pemberian khas 40% hasil negeri kepada Sabah.
Shafie: “Tindakan Undang-Undang Tidak Wajar”
Pada 7 Ogos 2019, Shafie yang ketika itu masih Ketua Menteri Sabah, dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata bahawa tindakan mengheret kerajaan pusat ke mahkamah bukan satu langkah bijak.
“Mengheret ke mahkamah bukanlah satu langkah wajar dan bijak dalam memastikan kita (Sabah) dapat merealisasikan apa sahaja tuntutan kita. Masih banyak pendekatan dan pilihan lain yang boleh diambil dalam usaha menuntut hasil negeri.”
(Dragging the Federal Government to court is not a wise or prudent step to realise our state’s claims. There are many other approaches and options that can be taken to demand Sabah’s share of revenue.)
— Bernama, 7 Ogos 2019
Kenyataan ini jelas menunjukkan sikap takut dan tunduk shafie apdal kepada kerajaan pusat, khususnya ketika era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Ramai berpendapat, Shafie gagal mempertahankan hak Sabah ketika mempunyai peluang sebagai Ketua Menteri, sebaliknya memilih “jalan selamat” untuk menjaga hubungan politik dengan Putrajaya.
Mendiang Masing Dedah: “Warisan Takut Dengan Tun Mahathir”
Pendedahan tentang kelemahan kerajaan Warisan ini bukan dibuat oleh orang Sabah, tetapi oleh pemimpin Sarawak sendiri.
Mendiang Tan Sri James Jemut Masing, ketika itu Timbalan Ketua Menteri Sarawak, pernah menyindir secara terbuka bahawa kerajaan Warisan takut menuntut hak minyak dan gas daripada kerajaan pusat.
Dalam laporan Free Malaysia Today bertarikh 9 Disember 2020, Masing berkata:
“Warisan was scared to demand oil and gas rights from Dr Mahathir.”
(Warisan takut menuntut hak minyak dan gas daripada Dr Mahathir.)
Masing turut mendedahkan bahawa beliau pernah mengajak kerajaan Warisan Sabah menyertai Sarawak menyaman Petronas bagi menuntut cukai jualan 5% (SST) — tetapi ditolak.
“Warisan should have listened to me on O&G rights… join us to sue Petronas for the 5% SST, but they refused.”
(Warisan sepatutnya mendengar nasihat saya dan menyertai Sarawak saman Petronas bagi tuntutan 5% SST, tetapi mereka menolak.)
— DayakDaily, 9 Disember 2020
Tindakan itu mengukuhkan tanggapan bahawa kerajaan Warisan lebih takut kepada Tun Mahathir daripada berani memperjuangkan hak rakyat Sabah.
Hajiji Buktikan Keberanian – Berani Lawan, Berani Tuntut Hak Negeri
Berbeza dengan Shafie, kerajaan negeri pimpinan YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Noor telah membuktikan keberanian sebenar dalam mempertahankan hak Sabah.
Pada 18 Jun 2024, kerajaan Sabah melalui Datuk Brenndon Keith Soh, Penasihat Undang-Undang Kepada Ketua Menteri merangkap Peguam Besar Negeri Sabah, menyatakan dengan tegas bahawa kerajaan negeri menyokong penuh tindakan undang-undang Sabah Law Society (SLS) terhadap Kerajaan Persekutuan dalam isu tuntutan 40% hasil negeri.
“Before the decision was delivered, the Sabah Government – represented by myself and the State Attorney General – was asked and confirmed orally that the State fully supports the High Court’s decision and SLS’s action.”
(Sebelum keputusan diumumkan, kerajaan Sabah yang diwakili saya dan Peguam Besar Negeri telah mengesahkan pendirian secara lisan bahawa kerajaan negeri menyokong penuh keputusan Mahkamah Tinggi dan tindakan SLS.)
— The Borneo Post, 18 Jun 2024
Langkah ini membuktikan bahawa kerajaan Hajiji tidak tunduk kepada pusat, malah berdiri teguh mempertahankan hak Sabah di mahkamah — sesuatu yang tidak pernah berani dilakukan oleh Shafie ketika beliau berkuasa.
KESIMPULAN: Rakyat Sudah Nampak Siapa Pemimpin Sejati.
Rakyat Sabah kini tidak lagi mudah diperdaya oleh retorik politik.
Fakta jelas membuktikan Shafie Apdal pernah menolak jalan undang-undang, dan jika bukan kerana keberanian kerajaan Hajiji Noor, isu 40% hasil negeri mungkin akan terus dibekukan.
Shafie hanya berani bercakap, tetapi tidak berani bertindak.
Sebaliknya, Hajiji Noor bukan sekadar bercakap — beliau membawa perjuangan Sabah ke mahkamah dan menang.
Kebenaran kini terserlah:
Yang takut bukan rakyat Sabah, tetapi pemimpin yang gagal berani melawan demi negeri sendiri.
RUJUKAN:
1. Bernama – “Legal action against Federal Govt not a wise move – Sabah CM” (7 September 2020)
2. Free Malaysia Today – “Warisan was scared to demand oil and gas rights from Dr M, claims Masing” (9 Disember 2020)
3. DayakDaily – “Masing: Warisan should have listened to me on O&G rights” (9 Disember 2020)
4. The Borneo Post – “Sabah govt backs SLS judicial review on 40% grant” (18 Jun 2024)