Tersepit Kaki Langgar Penghadang

Tersepit Kaki Langgar Penghadang

0
SHARE

KOTA MARUDU, SABAH – Kaki seorang remaja berusia 19 tahun tersepit selepas kereta Proton Saga Flx dinaiki sekumpulan empat orang lelaki terbabas sendiri awal pagi tadi.

Kenderaan terbabit melanggar besi penghadang jalan berhampiran Kampung Tanjung Batu di Jalan Pitas sini dalam insiden kira-kira pukul 1.50.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata ianya dipandu seorang berumur 28 tahun, dan penumpang lain, 31 dan 35 tahun.

“Mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan RTA manakala tiga (3) orang lagi mangsa mengalami kecederaan ringan…

“Mereka telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba di lokasi,” tambahnya.