Tiada Daerah Yang Terkecuali Dari Jangkitan COVID-19 Di Sabah – Masidi

Tiada Daerah Yang Terkecuali Dari Jangkitan COVID-19 Di Sabah – Masidi

0
SHARE
Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 24 Julai 2021...(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatat peningkatan mendadak yang ketara pada kelmarin (Sabtu) iaitu sebanyak 712 KES baharu positif COVID-19.

Jurucakap COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tiada daerah yang terkecuali dari jangkitan COVID-19 di Sabah.

“Penyumbang utama kes hari ini adalah daripada Saringan Kontak Rapat iaitu 383 kes atau 53.8 peratus daripada kumulatif kes…

“Juga dimaklumkan terdapat dua kluster baharu pada hari ini,” katanya.

Kluster Nosoob Baru di Penampang disyaki berpunca daripada majlis pengebumian pada 10 Julai.

“Ia melibatkan keluarga dari Kg Nosoob Baru, Kg Pogunon dan Kg Terawi.”

Kes indeks adalah seorang wanita, 28, yang dikesan positif pada 13 Julai. Setakat hari ini, kluster 17 kes positif dikesan,” kata Masidi.

Kluster Jalan Mat Salleh adalah kluster tempat kerja iaitu bangunan Rumah Persekutuan Jalan Mat Salleh yang terletak di Sembulan.

Malah, premis kerajaan ini juga menempatkan pejabat pentadbiran Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Angkatan Pertahanan Awam Sabah.

“Kes indeks merupakan pegawai farmasi, lelaki, 26, disahkan positif 15 Julai selepas bergejala sehari sebelumnya…

“Sementara itu, 24 kes pula didaftarkan di luar ibu negeri meliputi Putatan, Ranau, Papar dan Penampang.

“Setakat hari ini jumlah kumulatif kes positif kluster ini sebanyak 42 kes,” tambahnya.

Dalam pada itu, Kampung Lajau dan Kampung Kota Klias di Beaufort, Perumahan Ladang Kim Loong di Beluran, Kampung Tungkang di Kudat,dan Kampung Telisai, Tungku, Lahad Datu, Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Arahan ini berkuat kuasa mula 26 Julai sehingga 8 Ogos,” kata Masidi.