Tiada Sebab Untuk Panik Terhadap Virus Cacar Monyet – WHO

Tiada Sebab Untuk Panik Terhadap Virus Cacar Monyet – WHO

0
SHARE

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata tidak ada sebab untuk panik terhadap virus cacar monyet.

WHO tidak berasa bimbang buat masa kini tentang penyebaran cacar monyet di luar negara- negara Afrika.

Virus itu boleh menyebabkan penyakit teruk itu tetapi penghidapnya boleh pulih dalam tempoh beberapa minggu.

Ditanya semasa taklimat epidemiologi sama ada virus itu mungkin mencetuskan satu lagi pandemik, seorang pakar cacar monyet WHO, Dr Rosamund Lewis menyatakan buat masa ini, pihaknya tidak bimbang tentang perkara tersebut.

Namun adalah penting katanya, untuk mengambil langkah-langkah pantas bagi mengekang penyebarannya.

Penyakit cacar telah membunuh berjuta-juta penduduk di seluruh dunia setiap tahun sebelum ia dihapuskan pada tahun 1980.

Bagaimanapun, cacar monyet kurang teruk berbanding penyakit cacar dan kebanyakan penghidapnya akan pulih dalam masa tiga hingga empat minggu…

Gejala awal penyakit cacar monyet adalah demam panas, nodus limfa bengkak dan lepuh ruam seperti yang dihidapi penghidap cacar air.

Pakar-pakar perubatan kini cuba mendapatkan kepastian mengapakah virus tersebut merebak ke negara-negara yang tidak pernah tidak pernah mempunyai kes cacar monyet dan mencari punca kenapa ia menjangkiti lelaki-lelaki muda.