Tiga Maut, Kanak-Kanak Cedera Ringan Kereta Bertembung Di Nambazan

Tiga Maut, Kanak-Kanak Cedera Ringan Kereta Bertembung Di Nambazan

0
SHARE
Kemalangan
kemalangan berhampiran Kampung Nambazan di Jalan Papar Lama ( Sumber Foto: Gambar tular dalam laman media sosial )

PENAMPANG, SABAH – Tiga orang lelaki berusia 17 hingga 58 tahun maut dalam kemalangan berhampiran Kampung Nambazan di Jalan Papar Lama, sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim berkata, sebuah kereta telah memasuki laluan bertentangan mengakibatkan kemalangan pukul 11:10 malam itu.

“Kedua-dua kereta rosak teruk. Seorang budak lelaki ditemui di antara serpihan yang hanya cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.

“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian,” katanya.