TKM Sabah, Jeffrey Kitingan Positif COVID-19

TKM Sabah, Jeffrey Kitingan Positif COVID-19

0
SHARE
Dr Jeffrey Kitingan jalani rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu...(Sumber Foto: Daily Express Online)

KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan positif COVID-19 selepas menjalani ujian Swab pada hari Ahad baru-baru ini.

Menurut Setiausaha Politiknya, Arlinsia Agang dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau kini sedang menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth (QEH) di mana keadaannya stabil.

Walaupun bagaimanapun, beliau tetap akan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai timbalan ketua menteri dan menteri pertanian dan perikanan melalui persidangan video, e-mel dan cara lain.

Sementara itu, Dr Jeffrey mengatakan bahawa dia merasa tenang dan dia meminta ketenangan dan berdoa agar Sabah bebas daripada penularan COVID-19.