COVID-19: LAGI 7 KEMATIAN DILAPORKAN, SEBANYAK 1,741 KES BAHARU DAN 1,010 KES...

COVID-19: LAGI 7 KEMATIAN DILAPORKAN, SEBANYAK 1,741 KES BAHARU DAN 1,010 KES SEMBUH HARI INI

0
SHARE
Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 04 Januari 2021...(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 1,010 KES pesakit telah sembuh hari ini, demikian menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 98,228 kes (81.3%).

Namun, dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 masih tinggi dan membimbangkan iaitu sebanyak 1,741 KES.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 120,818 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 22,089 (18.3%) kes.

DARIPADA 1,741 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak lapan (8) Kes import, manakala 1,733 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut KKM juga, sebanyak 122 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 53 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 687 KES dan diikuti SABAH sebanyak 303 KES dan JOHOR sebanyak 295 KES.

KKM dukacita memaklumkan terdapat TUJUH (7) kes kematian direkodkan hari ini, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 501 kes (0.4%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (04 Januari 2021) sebanyak 687 KES daripada keseluruhan 1,741 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)