Kucing Termasuk Tangki Kimia Di Jepun, Penduduk Digesa Jangan Sentuh

Kucing Termasuk Tangki Kimia Di Jepun, Penduduk Digesa Jangan Sentuh

0
SHARE
Kucing
Gambar yang dikeluarkan kilang Nomura Plating menunjukkan kesan tapak kaki dipercayai daripada seekor kucing yang terjatuh ke dalam tangki bahan kimia toksik

HIROSHIMA, JEPUN – Pejabat Bandaraya Fukuyama memberi amaran kepada penduduk agar tidak menyentuh kucing yang diliputi bahan kimia toksik.

Kucing malang itu hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam tangki cecair yang mengandungi kromium heksavalen di sebuah kilang penyaduran logam pada Isnin.

Menurut saluran berita Jepun Asahi Shimbun, jejak kaki coklat kekuningan yang menghala keluar dari tangki itu ditemui pada pagi hari oleh seorang pekerja kilang Nomura Plating Fukuyama.

Rakaman CCTV kemudian menunjukkan kucing itu keluar dari loji pada malam sebelumnya.

Kromium heksavalen ialah bahan kimia yang sangat berasid dan karsinogenik yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit apabila disentuh dan masalah pernafasan apabila dihidu.

Kilang itu berkata pekerjanya memakai topeng dan sarung tangan getah semasa mengendalikan bahan kimia tersebut.

Jabatan Alam Sekitar tempatan telah menggesa penduduk supaya tidak mendekati atau menyentuh mana-mana kucing yang “nampak tidak normal” dan menghubungi pihak bandar atau polis jika melihatnya.

Syarikat itu berkata sebahagian penutup diletakkan di atas tangki itu telah diterbalikkan.

Sehingga Selasa lepas, tiada sesiapa yang melaporkan melihat kucing itu yang mungkin telah mati akibat pendedahan kepada bahan kimia.