KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin selamat menerima suntikan kedua vaksin jenis Pfizer-BionTech pagi kemarin di Hospital Queen Elizabeth I Kota Kinabalu bagi melengkapkan dos suntikan vaksin COVID-19
Beliau menerima suntikan dos kedua vaksin jenis Pfizer-BioNTech pada jam 11 Pagi tadi yang turut disertai oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Arifin.
Suntikan kedua itu diterima Bung yang juga Menteri Kerja Raya genap sebulan selepas menerima suntikan dos pertama di hospital yang sama pada 11 Mac lepas.
Selepas menerima suntikan, Bung dibawa ke ruang pemerhatian bagi pemantauan kesan sampingan selama 30 minit oleh petugas kesihatan.

Setelah selesai dipantau lebih hampir 30 minit, beliau kemudian beredar dari Hospital Queen Elizabeth I Kota Kinabalu
Bercakap kepada media selepas menerima suntikan Vaksin ke dua Bung berharap rakyat Sabah supaya mendaftar sebagai penerima vaksin menerusi aplikasi MySejahtera atau berhubung dengan Pejabat Daerah masing-masing.
Katanya, Kerajaan sedang giat melakukan kempen ke kampung-kampung di seluruh Sabah bagi memberi penerangan mengenai pengambilan vaksin.
“Mungkin di Sabah agak lambat sikit kerana ramai rakyat kita yang tinggal di luar bandar dan jauh di pedalaman disamping keengganan mereka mendaftar sebagai penerima vaksin kerana menerima maklumat yang kurang tepat mengenai kebaikan dan keberkesanan vaksin untuk memutuskan dan menangani penularan korona virus Covid-19…
“Saya yakin mereka juga peka dan mempunyai kesedaran tinggi untuk medapat suntikan vaksin sebagai imuniti terhadap jangkitan COVID-19 namun mereka kurang mendapat maklumat yang tepat kerana itu kerajaan giat menjalankan kempen,” katanya.