Trend Penurunan Jangkitan COVID-19 Di Sabah Berterusan Kepada 1,356 Kes Hari Ini

Trend Penurunan Jangkitan COVID-19 Di Sabah Berterusan Kepada 1,356 Kes Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Trend penurunan kes COVID-19 berterusan dengan catatan 1,356 KES hari ini (19 Sept) iaitu penurunan sebanyak 39 kes berbanding semalam.

“Ini merupakan angka terendah yang direkod sejak 11 Ogos lalu,” kata jurucakap perkembangan kes COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Namun katanya, jumlah daerah yang mencatatkan peningkatan kes adalah lebih tinggi berbanding kumulatif kes Negeri yang menurun pada hari ini.

“Statistik menunjukkan 12 daerah mencatatkan peningkatan, sembilan (9) daerah mencatatkan penurunan kes dan lima (5) daerah lagi kekal seperti semalam,” katanya.

Kota Kinabalu mencatatkan peningkatan kes tertinggi dengan catatan 220 kes, iaitu peningkatan sebanyan 60 kes.

Masidi menjelaskan faktor yang mempengaruhi peningkatan kes bagi Kota Kinabalu adalah sejumlah 78 kes positif yang melibatkan pekerja-pekerja pelantar minyak Petronas.

“Antara daerah lain yang mencatatkan peningkatan ketara ialah Pitas (+45) kes, Penampang (+14) kes, Tambunan (+13) kes dan Tenom (+11) kes…

“Daerah lain yang mencatatkan penurunan ketara pula ialah Putatan (-48) kes, Sandakan (-47) kes, Kinabatangan (-43) kes, Kota Marudu (-26) kes dan Tuaran (-12) kes,” katanya lagi.

Sebanyak 651 kes merupakan kes daftar lewat antara dua (2) hingga melebihi lima (5) hari manakala saringan kontak rapat kekal sebagai penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah dengan 766 kes.

Jumlah pesakit tertinggi berada dalam Kategori 2 dengan 933 kes ataupun 68 peratus sementara sembilan (9) pesakit berada dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (19 Sept) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 220 (160)
Lahad Datu – 122 (127)
Sandakan – 112 (159)
Tuaran – 94 (106)
Pitas – 81 (36)
Kota Belud – 78 (78)
Penampang – 71 (57)
Keningau – 70 (67)
Papar – 69 (64)
Tawau – 66 (69)
Kota Marudu – 58 (84)
Ranau – 36 (36)
Tambunan – 31 (18)
Tenom – 31 (20)
Nabawan – 27 (36)
Beluran – 26 (23)
Tongod – 20 (18)
Kudat – 20 (19)
Telupid – 19 (15)
Kunak – 19 (27)
Putatan – 19 (67)
Kinabatangan – 17 (60)
Beaufort – 14 (14)
Semporna – 13 (13)
Kuala Penyu – 8 (8)
Kalabakan – 8 (8)
Sipitang – 7 (6)