KUALA LUMPUR – Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man malam tadi mengesahkan bahawa dirinya telah dijangkiti virus COVID-19.
Memetik kenyataan pada laman media sosial Facebook miliknya, beliau memaklumkan EMPAT (4) anak dan seorang cucu beliau turut dijangkiti wabak tersebut dan telah menjalani kuarantin.
“Mohon doa semua. Saya, empat orang anak dan seorang cucu telah disahkan positif COVID-19…
“Kami telah menjalani kuarantin beberapa hari lalu. Seorang cucu selamat dilahirkan semalam dan disahkan negatif tetapi ibunya masih ditahan di Hospital Sungai Buloh. Doakan,” menurutnya dalam catatan itu.





