TUJUH PELANCONG MAUT DIHEMPAP CERUN BATU DI TASIK FURNAS BRAZIL

TUJUH PELANCONG MAUT DIHEMPAP CERUN BATU DI TASIK FURNAS BRAZIL

0
SHARE

BRAZIL – TUJUH (7) pelancong di atas bot laju disahkan meninggal setelah dihempap cerun batu yang jatuh secara tiba-tiba ketika melawat Tasik Furnas di Brazil semalam.

Satu video tular berdurasi 7 saat menangkap detik cemas penumpang bot lain cuba melindungi diri daripad ombk besar yang tercetus.

Menurut laporan portal berita Al Jazeera, pasukan penyelamat termasuk unit penyelam dan tentera laut negara telah dikerah ke lokasi kejadian di Capitolio, negeri Minas Gerais yang terletak di timur selatan negara tersebut.

Jurucakap bagi pasukan bomba daerah Minas Gerais, Pedro Aihara, berkata sekurang-kurangnya 32 lagi mangsa mengalami kecederaan termasuk sembilan (9) yang dimasukkan ke Hospital.

“Setakat ini tiga orang lagi dilaporkan sebagai hilang…

“Beberapa mangsa mengalami tulang patah dan salah seorang daripadanya parah dengan kecederaan pada kepala dan muka beliau,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

VIDEO berdurasi 7 saat yang tular jelas memperlihatkan detik-detik cemas penumpang bot dihempap cerun batu yang tiba-tiba runtuh…

Tasik Furnas, dibina pada tahun 1958 selaras dengan sebuah loji hidroelektrik. Anggaran 5,000 pelancong melawat kawasan berkenaan pada hujung minggu dan jumlah itu berganda kepada 30,000 pada musim cuti.

Laporan tersebut juga menyatakan pegawai di daerah berkenaan sebagai berkata tragedi kemungkinan berpunca daripada hakisan ekoran hujan lebat yang berlaku di sekitar negeri Minas Gerais baru-baru ini.

Air banjir yang terhasil mengusir hampir 17,000 orang keluar daripada rumah mereka.