KOTA KINABALU: Keadaan kekal stabil dan terkawal di Sabah dengan 12 jangkitan baharu iaitu penyusutan 2 kes berbanding jumlah semalam.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkaya, tidak ada jangkitan baharu dilaporkan di 22 daripada 27 daerah di Sabah sepanjang 24 jam yang lalu.
Kota Kinabalu mencatatkan jumlah jangkitan baharu yang tertinggi dengan 6 kes (+1), diikuti oleh Putatan 2 kes (+2), Tenom 2 kes (+1), Semporna 1 (+1) dan Tawau 1 kes, sama dengan angka semalam.
“Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia menyatakan semalam bahawa jumlah kes baharu dijangka bertambah selepas perayaan Aidil Fitri.
“Kita juga meramalkan trend yang sama akan berlaku di Sabah apatah lagi negeri ini juga menyambut perayaan Kaamatan sepanjang bulan Mei…
“Tetapi kita boleh mengurangkan angka pertambahan tersebut dengan mengamalkan sikap yang bertanggungjawab semasa menyambut kedua perayaan ini,” katanya.
Beliau mengingatkan rakyat negeri ini untuk mematuhi semua saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dan prosedur operasi standard (SOP) termasuk penggunaan pelitup muka walaupun tidak lagi mandatori di ruang terbuka.
“Data kajian dalam beberapa bulan ini menunjukkan majoriti kes baharu di Sabah berpunca daripada jangkitan sporadik…
“Atas sebab inilah kita amat menyarankan agar orang ramai terus menggunakan pelitup muka semasa berada di khalayak ramai seperti majlis sambutan dan perayaan,” tegasnya.
Hanya terdapat seorang pesakit dalam Kategori 4 hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin.
Kota Kinabalu 6 (5)
Putatan 2 (0)
Tenom 2 (1)
Semporna 1 (0)
Tawau 1 (1)
Beaufort 0 (0)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (1)
Kota Marudu 0 (0)
Kuala Penyu 0 (0)
Kudat 0 (1)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (1)
Nabawan 0 (0)
Papar 0 (1)
Penampang 0 (1)
Pitas 0 (0)
Ranau 0 (0)
Sandakan 0 (2)
Sipitang 0 (0)
Tambunan 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)
Tuaran 0 (0)





