Turun 25 Kes Namun Jangkitan Di Kota Kinabalu Kekal Tinggi

Turun 25 Kes Namun Jangkitan Di Kota Kinabalu Kekal Tinggi

0
SHARE
Datuk Masidi Manjun...

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes baharu di Sabah hari ini ialah 242 KES berbanding 267 kes semalam iaitu penurunan sebanyak 25 kes.

Jumlah kes secara keseluruhan hari ini tidak mencerminkan keadaan semasa dengan mengambilkira lebih banyak daerah yang mencatatkan peningkatan jangkitan (16 daerah) daripada daerah-daerah yang merekodkan penurunan (6 daerah).

Malah, menurut jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, hanya 6 daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu berbanding 9 daerah semalam.

“Jumlah sampel ujian hari ini ialah 2,874, lebih rendah daripada jumlah semalam yang berjumlah 3,329…

“Kadar positiviti hari ini hampir 12 peratus berbanding 9.9 peratus kelmarin,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Beliau berkata faktor utama yang menyumbang kepada angka jangkitan yang lebih rendah di Sabah hari ini ialah penurunan besar kes-kes yang didaftar di Kota Kinabalu.

“Kelmarin kes di Kota Kinabalu meningkat 86 kes tetapi hari ini ia menurun 87 kes kepada 86 kes sahaja, separuh daripada jumlah sebelumnya.

“Seperti yang dijelaskan lebih awal, perubahan turun-naik angka jangkitan secara mendadak di Kota Kinabalu berpunca daripada pendaftaran lewat keputusan kes-kes tertunggak.

“Kedudukan sebenar ialah keadaan tidak bertambah baik hanya kerana jumlah kes yang direkodkan hari ini lebih rendah daripada semalam.

“Malah 5 daerah yang bersih daripada jangkitan kelmarin kembali mencatatkan jangkitan baharu hari ini.

“Antaranya ialah daerah Beaufort (+13), Putatan (+10) dan Keningau (+6),” jelas beliau.

Hanya satu (1) kes dilaporkan dalam Kategori 3 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kelmarin.

Kota Kinabalu 86 (173)
Tuaran 23 (26)
Sandakan 17 (15)
Papar 16 (6)
Penampang 16 (23)
Beaufort 13 (0)
Putatan 10 (0)
Tawau 8 (3)
Keningau 6 (0)
Kota Marudu 6 (2)
Lahad Datu 6 (12)
Tenom 6 (3)
Kudat 5 (2)
Kinabatangan 4 (2)
Kota Belud 4 (0)
Kuala Penyu 4 (0)
Beluran 3 (1)
Sipitang 3 (1)
Nabawan 2 (2)
Tambunan 2 (3)
Telupid 2 (1)
Kalabakan 0 (0)
Kunak 0 (0)
Pitas 0 (1)
Ranau 0 (1)
Semporna 0 (0)
Tongod 0 (0)