UMNO Sahkan Pecat Noh Omar, Khairy

UMNO Sahkan Pecat Noh Omar, Khairy

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan Tan Sri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin dipecat daripada UMNO, semalam.

Menurutnya, mereka dipecat parti berikutan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

Mengulas lanjut, beliau berkata ahli UMNO yang digantung hak-hak dalam parti selama enam tahun adalah Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Ahli Parlimen Sembrong), Datuk Maulizan Bujang (Ketua Bahagian Tebrau), Datuk Seri Mohd Salim Sharif (Ketua UMNO Jempol) dan Shahril Sufian Hamdan (bekas Ketua Penerangan UMNO).

“Turut dipecat, lima ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli UMNO negeri Pahang.

“Antara kesalahan mereka adalah menjadi calon Bebas, calon parti selain Barisan Nasional (BN) dan terlibat dalam membantu parti lawan ketika PRU15,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, semalam.