
KOTA KINABALU, SABAH – Upacara memperingati kejadian pesawat terhempas, tragedi Double Six yang genap 48 tahun berlangsung tenang, semalam.
Acara dimulakan dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan “Sabah Tanah Airku” bersama iringan Pancaragam Polis Kontinjen Sabah.
Selepas itu, para tetamu bertafakur selama satu minit untuk mengenang mereka yang terkorban dalam tragedi yang berlaku pada 6 Jun 1976.
Upacara kemudiaannya disusuli dengan meletakkan karangan bunga yang didahului oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian Dan Perikanan, Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan diikuti ahli keluarga mangsa tragedi.
Waris mangsa yang hadir antaranya ialah Fauziah Stephens, Kartina Datuk Salleh Sulong, Datuk Donald Peter Mojuntin, Dominic Chin (wakil keluarga mendiang Datuk Chong Tahin Vun) dan Datin Jikilin Majitan (wakil keluarga mendiang Datuk Darius Binion).
Turut memberi penghormatan, wakil Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Sr. Lifred Wong, Wakil Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sabah, ACP Cyril Edward Nuing dan Wakil Ketua Pegawai Eksekutif Sutera Harbour, Adrian De Rozario.
Hadir sama, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Richard Yong Ke Wong, Pembantu Menteri Kewangan, Tan Lee Fatt, Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan II, Peto Galim, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Joniston Bangkuai. — JABATAN PENERANGAN SABAH