Vaksinasi Populasi Dewasa Di Sabah Capai 60% – Masidi

Vaksinasi Populasi Dewasa Di Sabah Capai 60% – Masidi

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Peratusan populasi Sabah yang telah lengkap divaksin setakat 20 September telah mencapai 59.4 peratus (59.4%).

Jurucakap Perkembangan COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ianya boleh diandaikan bahawa peratusan vaksinasi populasi dewasa Sabah telah mencapai 60 peratus (60%) pada 21 September 2021 (Selasa) baru-baru ini.

“Peratusan tersebut menunjukan negeri Sabah berada pada landasan yang baik,” katanya.

Menurut beliau, peratusan rakyat Sabah yang telah divaksin sebenarnya lebih tinggi daripada yang ditunjukkan oleh data disebabkan adanya warga Sabah yang menetap di Semenanjung Malaysia.

“Misalnya sebagai petanda, sebanyak 171,963 bakul makanan telah diagihkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Rakyat Sabah yang sedang berada di Semenanjung Malaysia…

“Ramai daripada rakyat Sabah ini telah pun divaksin di Semenanjung Malaysia,” katanya lagi.

Datuk Masidi Manjun…

Masidi berkata mengikut Jabatan Perangkaan, populasi dewasa Sabah adalah 2,758,400 orang.

“Katalah Rakyat Sabah yang dianggarkan telah mendapat vaksin di Semenanjung Malaysia adalah 200,000 orang…

“Anggaran peratusan sebenar populasi Sabah yang telah divaksin adalah lebih tinggi daripada data rasmi kita,” jelasnya.

Sementara itu, sebanyak 87 kes kematian dilaporkan pada kelmarin iaitu 24 kes di Sandakan, 14 kes di Tawau, lapan (8) kes di Tuaran, enam (6) kes di Kota Kinabalu, lima (5) kes di Lahad Datu dan Keningau.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 22 September 2021…(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

Empat (4) kes di Kota Marudu, tiga (3) kes di Ranau dan Kota Belud. Dua (2) kes kematian dicatatkan di Beaufort, Kinabatangan, Penampang, Beluran, Semporna dan Papar manakala Nabawan, Kalabakan dan Tongod masingmasing mencatatkan satu (1) kes.