VIDEO HAJIJI MARAH: “APA MAHU TAKUT JABATAN AUDIT, PENDUDUK FLAT PPRT JANGAN...

VIDEO HAJIJI MARAH: “APA MAHU TAKUT JABATAN AUDIT, PENDUDUK FLAT PPRT JANGAN PINDAH”

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Video Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengarahkan jangan berpindah kepada penghuni flat PPRT mula tular sejak pagi tadi.

Sebelum ini, pihak Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) telah mengeluarkan arahan pengosongan unit rumah kepada penyewa yang telah menduduki rumah jenis flat Program Perumahan Rakyat (PPR) selepas menyewa hampir 10 tahun.

Mengikut perjanjian asal di antara pihak LPPB dan penyewa, jangka masa penyewaan adalah selama 10 tahun dan arahan pengosongan unit tertakluk kepada penyewa yang telah menyewa selama 10 tahun.

Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) telah mengeluarkan arahan pengosongan unit rumah kepada penyewa yang telah menduduki rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) selepas menyewa hampir 10 tahun…

PPR yang terlibat adalah di Taman Bukit Setia dan Taman Jaya Diri Sepanggar.

Arahan pengosongan unit rumah dikeluarkan selepas perjanjian sewaan selama 10 tahun tamat.

Mengikut perjanjian asal, unit PPR perlu dikosongkan selepas 10 tahun bagi memberi peluang kepada penyewa lain untuk menyewa.

Ketua Menteri Sabah dalam satu kenyataan dengan nada marah turut menyatakan pendiriannya dan turut menyatakan beliau tidak dimaklumkan mengenai arahan pengosongan tersebut.

“Ada isu sehari dua ini, isu yang 10 tahun sudah tinggal sana mahu dikeluarkan. Bagi saya, ini saya tidak benarkan sama sekali untuk mereka dikeluarkan daripada rumah PPR. Itu cuma teguran audit”

“Saya sudah beritahu kepada YB Datuk SKM. Next (Seterusnya), kabinet akan mesyuarat (meeting) minta KKTP dan LPPB untuk bentang kepada kabinet. Ini isu yang besar. Jangan ambil ringan isu itu, kita akan jawab semua. Isu ini belum lagi dimaklumkan kepada Ketua Menteri dan Kerajaan”.

“Kenapa kita takut sangat dengan audit?.

“Sudah sepuluh tahun mahu dikeluarkan?. Kerajaan negeri tidak membenarkan ini. Orang kita susah, mahu dihalau macam mana? Saya pun kadang-kadang bingung juga bila dengar cerita begini. Tapi tidak apa itu kita boleh selesaikan (settle). Tetapi insyaaAllah cadangan daripada kluster tadi yang rumah transit ini, rumah transit SMJ untuk belia ini keluaran universiti ini insyaa Allah kita laksanakan apabila rumah rumah PPR yang sekarang ini siap dibina.

“Kita akan lakukan perpindahan (relocate). Untuk kamu boleh pakai”.