Video Lelaki Cuba Bunuh Diri Di Jambatan Politeknik Adalah Palsu – Ketua...

Video Lelaki Cuba Bunuh Diri Di Jambatan Politeknik Adalah Palsu – Ketua Polis

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Dakwaan seorang lelaki cuba membunuh diri di Jambatan Politeknik, KKIP adalah PALSU, demikian menurut Ketua Polis Kota Kinabalu.

ACP Zaidi Abdullah berkata mangsa, 38, sebenarnya tergelincir sewaktu memancing bersama pakciknya di kawasan terbabit.

“Seorang lelaki yang dikenali sebagai Bob merakam insiden 8.30 pagi tadi yang tular di media sosial…

“Lelaki itu kemudian bergegas ke sekatan jalan raya berhamprian Kampus Intan untuk memaklumkan pihak polis.

“Susulan itu sepasukan polis terus ke lokasi dan paramedik membawa mangsa ke Hospital Queen Elizabeth,” jelasnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

VIDEO tular insiden terbabit yang menimbulkan spekulasi cubaan membunuh diri…

Zaidi turut menegaskan tiada elemen jenayah dan insiden terbabit cuma kemalangan kecil.

“Mangsa cuma mengalamai koyakan tisu di bahagian paha dan betis,” katanya lagi.