Kes Harian COVID-19 Di Sabah Masih Pada Tahap Membimbangkan Dengan 2,430 Kes...

Kes Harian COVID-19 Di Sabah Masih Pada Tahap Membimbangkan Dengan 2,430 Kes Dicatatkan Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes baharu positif COVID-19 hari ini menyusut 164 kes daripada 2,594 kes kelmarin, tetapi masih tinggi dan berada pada tahap membimbangkan dengan jumlah 2,430 KES baharu dicatatkan hari ini (1 Sept).

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, satu kluster baharu turut dikesan iaitu Kluster Kinabatangan 2 di daerah Kinabatangan yang mencatat 124 kes.

“Beberapa daerah mendaftar jumlah kes yang lebih tinggi berbanding kelmarin termasuk Kota Kinabalu (naik 55 kes), Kinabatangan (naik 139 kes), Kudat (naik 42 kes), Pitas (naik 27 kes) dan Kota Belud (naik 15 kes)…

“Penurunan kes ketara di Keningau (turun 104 kes), Kota Marudu (turun 46 kes), Putatan (turun 40 kes), Papar (turun 68 kes) dan Penampang (turun 85 kes),” jelasnya.

Menurutnya, sejumlah 1,525 kes hari ini merupakan kes daftar lewat antara dua (2) hingga (5) hari.

Sementara itu, saringan kontak rapat menyumbang 56 peratus (56%) atau 1362 kes daripada keseluruhan kes hari ini. Seramai 1,732 pesakit hari ini adalah dalam Kategori 2 dan 13 orang dalam Kategori 5.

“Kelmarin, semua negeri di Malaysia (termasuk Sabah) berjaya mencapai sasaran nilai ambang 40 peratus (40%) vaksinasi lengkap bagi penduduk dewasa dibawah Pelan Pemulihan Nasional…

“Sabah juga kini menghampiri 60% penduduk dewasa yang telah mengambil satu dos,” Masidi berkata.

Dalam pada itu, 18,762 kes dicatat seluruh negara pada hari ini (31 Ogos) menunjukkan Sabah masih kekal menjadi negeri KEDUA TERTINGGI di Malaysia selepas Selangor yang mencatatkan 3,711 kes baharu positif COVID-19.

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (01 September 2021) sebanyak 3,711 KES daripada keseluruhan 18,762 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (01 September) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 622 (567)
Sandakan – 260 (320)
Papar – 196 (264)
Tawau – 190 (168)
Penampang – 183 (268)
Kinabatangan – 165 (26)
Tuaran – 132 (156)
Kota Belud – 91 (76)
Lahad Datu – 82 (95)
Kudat – 66 (24)
Pitas 52 – (25)
Putatan – 41 (81)
Tenom – 40 (49)
Ranau – 39 (41)
Nabawan – 37 (30)
Kota Marudu – 35 (81)
Keningau – 34 (138)
Beluran – 24 (21)
Telupid – 23 (33)
Kalabakan – 22 (13)
Kunak – 19 (22)
Beaufort – 19 (41)
Kuala Penyu – 13 (10)
Tambunan – 12 (10)
Semporna – 11 (8)
Sipitang – 11 (20)
Tongod – 11 (7)