Wanita Larikan Diri Dari Kawasan PKPD Sah Tinggalkan Bilik Sewa Kosong

Wanita Larikan Diri Dari Kawasan PKPD Sah Tinggalkan Bilik Sewa Kosong

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Wanita yang melarikan diri dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bandaran Berjaya baru-baru ini sah meninggalkan bilik sewa yang kosong.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt George Rakman berkata, pihak polis sudah mengenal pasti identiti suspek itu.

“Dia dipercayai menyewa bilik di sebuah blok sini dalam tempoh kurang dari sebulan…

“Sepasukan anggota telah ke bilik sewa tersebut dan mendapati ia sudah dikosongkan dengan keadaan pintu terbiar tanpa dikunci,” katanya.

Polis berpendapat wanita itu tidak akan kembali kerana takut ditangkap susulan aksinya merangkak keluar dari pagar berduri di kawasan itu pada malam Isnin.

Kejadian itu sempat dirakam dan tular di laman media sosial TikTok.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam pada itu George menafikan suspek positif COVID-19 seperti mana dirisaukan oleh orang awam.

Polis kini sedang menyiasat motif wanita terbabit, jika dia sedang mengalami masalah keperluan hidup.

Masyarakat yang mempunyai maklumat berkenaan keberadaan wanita ini diminta melaporkan kepada polis bagi membantu siasatan.