Wanita Maut, Adik Cedera Parah Rempuh Hilux

Wanita Maut, Adik Cedera Parah Rempuh Hilux

0
SHARE
Jbpm
Pasukan Bomba mengeluarkan mangsa dari kenderaan Proton Wira ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KENINGAU, SABAH – Seorang wanita berusia 22 tahun parah apabila kenderaan Proton Wira dipandunya merempuh sebuah Toyota Hilux di Batu 27, jalan Keningau – Tenom dalam kemalangan kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Nurul Syakina Kasim disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaanparah di bahagian kepala.

Manakala, adik lelakinya berusia 17 tahun sedang menerima rawatan di zon merah Hospital Keningau, dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kaki dan lengan kiri yang patah.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata pemandu Toyota Hilux, seorang lelaki berusia 38 tahun, hanya mengalami cedera ringan.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kenderaan Toyota Hilux dipandu dari arah Keningau menuju ke Tenom manakala Proton Wira bergerak dari arah Tenom menuju ke Keningau.

“Pemandu Proton Wira dipercayai hilang kawalan masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan Toyota Hilux,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.