Wanita Maut Dirempuh Lori Treler

Wanita Maut Dirempuh Lori Treler

0
SHARE
Treler
Kereta mangsa yang tersepit ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang wanita berusia 26 tahun maut selepas Perodua Bezza yang dipandunya dirempuh dari sebelah kanan oleh sebuah lori treler di Jalan Lintas pada Selasa.

Dalam insiden kira-kira 6.15 petang itu, mangsa Nicolette Hannah George bersama seorang rakan berusia 44 tahun yang mendarat di sini dari Kuala Lumpur pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabala, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata kemalangan membabitkan tujuh kenderaan iaitu lori tangki minyak Shell, Proton Iriz, Saga, Perodua Myvi dan Toyota Vios.

Katanya kemalangan dipercayai apabila lori kontena terbabit melanggar sebuah kenderaan di hadapannya sehingga menyebabkan kenderaan mangsa tersepit di bawah lori.

Difahamkan mangsa beralamat di Kampung Babah, Penampang yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Kepayan 88 digilis tayar bahagian kiri lori.

“Akibat kejadian itu, pemandu kereta Perodua Bezza tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata Zaidi kepada wartawan di lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.